Kebiasaannya anak-anak yang kecil susah nak makan kan? Walaupun makanan tu sedap, tapi kalau tak menarik hati mereka, mereka tak kan makan. Memang sifat kanak-kanak begitu. Jadi kalau mak-mak ada anak yang kurang makan, boleh cuba buat roti gulung sosej macam ni.
BAHAN-BAHAN :
- Roti putih tawar gardenia
- Sosej
- Mayonis
- Sos cili
CARA PENYEDIAAN :
- Rebus sosej, angkat ketepikan (rebus kejap je ye)
- Roti dicanai sehingga nipis, buang tepi2nya kemudian dibelah dua (opah canai menggunakan roller tart nenas) buat sehingga habis /ketepikan
- Sosej dibelah dua juga,hiris kiri dan kanan sosej (jejarikan jgn sampai putus ye)
- Ambil roti, letak sosej dan gulung/kemaskan bahagian hujung dgn menyapu sedikit telur sebagai gam (tepung + sedikit air sebagai gam pun boleh)
- Goreng sehingga kekuningan
- Angkat toskan dan hidang bersama mayonis + sos cili
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Mas Cotek