Rupa macam karipap, tapi ia sebenarnya adalah apam puri inti kastad. Wow sedapnya!
Bahan yang digunakan pun mudah sahaja, teksturnya juga lembut. Memang berbaloi untuk dicuba! Boleh buat pelbagai warna, barulah nampak menarik untuk dimakan. Jom cuba!
APAM PURI INTI KASTAD
Bahan-bahan inti:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 cawan gula (taknak manis boleh kurangkan)
- 3 cawan air
- Pewarna kuning
Cara-cara buat inti:
- Satukan semua bahan kacau sebati lepas itu tapis.
- Tuang dalam periuk atau kuali.
- Masak dengan api perlahan.
- Kacau sampai pekat lepas itu angkat ketepikan.
Bahan-bahan untuk kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 setengah cawan air
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil baking powder
- sedikit garam
- Pewarna ikut suka
Cara-cara buat kulit:
- Satukan semua bahan kemudian tapis.
- Kemudian panaskan pan sapu minyak sikit, dah panas boleh la tuang sikit adunan tepung tadi.
- Bila dah masak boleh letak pada acuan karipap dan letak inti tadi.
- Lepastu siap dikapit
Selamat mencuba!