Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?

Resepi Biskut Makmur Guna 5 Bahan Sahaja ‘Tanpa Guna Oven’, Biar Betul?

Kategori: ,
Biskut Makmur

Teringin nak makan biskut makmur susu tapi tiada oven? Jangan risau. Resepi biskut makmur sesuai ini sesuai untuk anda kerana sama sekali tidak menggunakan oven. Caranya juga sangat mudah kerana hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Jom cuba!

Resepi Biskut Makmur

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum – 3 cawan
  • Gula kastor – setengah cawan
  • Planta – setengah cawan
  • Minyak sapi – setengah cawan
  • Susu – 1 cawan

#Kalau tiada minyak sapi, boleh guna margerin.

Cara-cara:

  1. Mula-mula goreng tepung tanpa minyak, kacau sampai kekuningan. Jangan sampai hangit pula. Bila dah kuning, angkat letak dalam bekas atau besen.
  2. Cairkan planta dan minyak sapi, bila dah cair biarkan sejuk dahulu.
  3. Masukkan gula kastor ke dalam tepung yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan rasa dahulu, jika kurang manis tambahkan lagi gula. Bila dah sebati, masukkan pula planta dan minyak sapi yang dicairkan tadi. Gaul rata sehingga adunan boleh dikepal bulat-bulat.
  4. Tadaa dah siap buat bulat-bulat.
  5. Bila dah siap kepalkan adunan bulat-bulat, kemudian balutkan dengan susu.
  6. Siap biskut makmur cair di mulut tanpa bakar.

Tak percaya, boleh lah cuba buat ya.

Selamat mencuba!

 

Kredit resepi: Mariatun Bibi

Baca juga: Ini Cara Buat Kuih Sagu, Yang Penting Jangan Derhaka Resepi

tags: