Dalgona Coffee dah cuba, kek batik indulgence pun dah cuba. Resepi yang viral semua dah cuba. Kali ini jom cuba resepi mango cheesecake ini pula. Resepi ini dikongsi oleh SyazaSyhndh di twitternya.
BAHAN-BAHAN :
Base
- 70 gm butter (cairkan)
- 10-20 kpg biskut marie
Mango puree(kisar semua)
- 2 biji mangga
- 2 sudu gula kastor
- 100-150ml air
Cheesecake
- 250g cream cheese (philadelphia)
- 200ml whipped cream (Emborg)
- 80g gula kastir
- 1 sudu besar serbuk agar-agar (jika menggunakan gelatin 1 1/2 sudu besar)
- 2 sudu besar jus lemon
- 3-4 sudu besar mangga asli
Mango jelly ( topping)
- 1/2 sudu besar serbuk agar-agar
- 250g mangga asli
CARA PENYEDIAAN :
- Hancurkan biskut dan campurkan dengan butter yang telah dicairkan.
- Selepas campuran sebati, tuang dalam loyang dan tekan-tekan sampai padat.
- Pergi kepada mango puree, kisar kesemua bahan dan boleh tambahkan sedikit air sekiranya susah nak kisar. Lepastu, tapis betul-betul(untuk dapatkan texture yang halus mulus)
- Masukkan cream cheese dalam mangkuk lain dan ratakan menggunakan spatula. (Tak de spatula pun takpe, guna senduk je)
- Masukkan gula dan kacau sampai larut. Selepas itu tuangkan jus lemon dan kacau.
- Di dalam mangkuk yang lain pula, pukul whipped cream. (Tips :Simpan cream ada dekat sejukbeku selama 10-15 minit untuk mendapatkan hasil yang lebih lembut)
- Satukan campuran cream cheese tadi dan kacau menggunakan kaedah kaup balik.
- Masukkan mango pure dan kacau. Lebihan mangi puree tadi simpan dalam tepi.
- Sambil tu cairkan serbuk agar-agar atas api sampai mendidih dan jangan berhenti kacau supaya agar-agar tersebut tidak berketul-ketul.
- Selepas dah larut boleh tuang dalam campuran cheesecake tadi dan sambung kacau.
- Selepas dah sebati, tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan selama 1-2 jam atau sampai keras.
- Lepas dah keras, boleh buat topping pula dengan cairkan agar-agar dan campurkan dalam lebihan mango puree tadi.
- Kacau sehingga sebati dan tuang atas cheesecake. Masukkan ke dalam sejuk untuk semalamam.
- Siap.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : SyazaSyhndh