Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nah Ini Dia 2 Resepi Puding Soya Yang Mudah Hanya Guna 2 Je Tapi Rasa Macam Taufu Fa

Nah Ini Dia 2 Resepi Puding Soya Yang Mudah Hanya Guna 2 Je Tapi Rasa Macam Taufu Fa

Kategori: ,

Teringin makan manis selepas makan tengahari atau malam? Tapi barang dapur tak banyak. Jadi anda boleh cuba 2 resepi puding soya ni, tak guna bahan banyak pun, 2 bahan sahaja. Boleh rujuk mana-mana yang paling sesuai dengan selera anda.

RESEPI 1

BAHAN -BAHAN :

  • 1 liter Susu Soya (dengan gula)
  • 1/2 sudu teh serbuk agar-agar

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masukkan serbuk agar-agar ke dalam secawan susu soya, kemudian kacau sehingga serbuk larut sepenuhnya.
  2. Masukkan susu soya yang lain ke dalam periuk & masak dengan api yang kecil.
  3. Apabila susu tersebut sudah panas, tuangkan campuran agar-agar dari cara 1 tadi.
  4. Teruskan mengaduk campuran sehingga gelembung kecil mula muncul. Teruskan memasak di bawah api yang kecil selama 1 minit lagi.
  5. Perlahan-lahan tuangkan campuran ke dalam bekas dengan menggunakan penapis. Skim off gelembung dari atas untuk memastikan tidak ada gelembung sama sekali.
  6. Tunggu campuran puding sedikit sejuk dalam suhu bilik sebelum meletakkannya di dalam peti sejuk.
  7. Selepas 3 hingga 4 jam, puding soya anda sendiri sudah siap!

RESEPI 2

BAHAN-BAHAN :

  • 3 liter air
  • 100g gula
  • 1 tin (400ml) susu pekat
  • 1 bungkus serbuk dadih buah-buahan ( rasa buah pilihan anda)

CARA PENYEDIAAN :

  1. Tuangkan air, gula dan susu pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
  2. Selepas ia mula mendidih, tutup api. Masukkan serbuk dadih buah-buahan dan kacau selama 5 minit.
  3. Tuangkan campuran puding ke dalam bekas atau acuan pilihan anda.
  4. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Tambahkan sedikit Kemanisan Bagi Puding Anda Dengan 2 Langkah Mudah

BAHAN-BAHAN :

  • 3/4 cawan air (180ml)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 inci halia (ketuk)

CARA PENYEDIAAN :

  1. Letakkan semua bahan dalam periuk kecil dan masak dengan api sederhana. Kacau sehingga gula larut.
  2. Selepas itu, matikan api dan masukkan halia. Biarkan sejuk sedikit sebelum menambahnya kepada puding soya anda.

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : KL Foodie

 

 

 

 

tags: