Perkongsian resepi daripada Niessa Chang di Facebook. Dia terpanggil untuk berkongsi resepinya membuat kuih bom kerana dia ada melihat orang yang membuat kuih bom tapi apabila digoreng dia menjadi merekah atau meletup.
Kuih ini diantara yang menjadi pilihan sepanjang musim PKP kerana bahan dan cara untuk membuatnya sangat ringkas. Jom ikuti perkongsiannya.
Sy terpanggil utk kongsikan resepi kuih ni sbb ternampak ada 1 post kuih bijan digoreng tapi merekah@meletup. Kuih ni antara pilihan ramai smsa PKP sbb bahan dan cara buat sangat ringkas. Tapi bila nak goreng mulalah timbul masalah. Bab menggoreng ni lah ramai yg takut atau serik nak buat kuih ni. Nama pun kuih bom kan. Semoga perkongsian ini bermanfaat utk semua…
#Tips menggoreng supaya x meletup, masukan kuih bijan terus ke dlm minyak barulah hidupkan api. Pastikan api paling keci. Goreng skjp hingga sdkit kekuningan, keluarkan kuih dr minyak dan tutup api. Biarkan selama 10 minit atau sehingga minyak sejuk kemudian bolehlah sambung semula menggoreng hingga masak, garing kekuningan.
Kredit: Niessa Chang