Kek batik merupakan pencuci mulut atau manisan yang digemari ramai. Tidak kira muda atau tua, semua menyukaiinya. Jika sebelum ini, bahan asas yang sering digunakan adalah serbuk coklat, coklat masakan dan milo sahaja tetapi resepi kek batik kali ini sedikit berbeza. Kerana menggunakan horlick sebagai bahan asas dan ianya dikenali sebagai kek batik horlicks hijau. Memang sedap. Jom kita cuba buat sekarang.
BAHAN -BAHAN :
- 4 biji telur
- 125g unsalted butter
- 2/4 cawan susu pekat ( kalo suka manis letak lebih)
- 2 cawan horlicks
- 1/2 cawan tepung gandum
- Esen vanilla
- Pewarna hijau
- 1 Paket biskut marie
CARA PENYEDIAAN :
- Cairkan mentega terlebih dahulu. Kemudian masukkan susu pekat manis dan kacau sehingga sebati. Pastikan api sederhana.
- Masukkan tepung gandum dan horlicks. Kacau hingga sebati. pastikan sentiasa kacau bagi mengelakkan ianya berketul.
- Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil terus mengacau.
- Masukkan esen vanilla dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.
- Tutup api. Masukkan biskut Marie yang telah siap dipatah-patahkan. Kacau lagi.
- Masukkan ke dalam loyang yang telah siap di alas dengan kertas minyak. Mampatkan dan simpan di dalam peti sejuk. Enak dinikmati ketika sejuk.
Selamat Mencuba !
Sumber : Mimie Suhaimi Hussain