Bosan-bosan, mulut rasa nak makan atau mengunyah buatlah roti mak ronggeng yang sedap ni. Tak puas makan. Jom kita cuba sekarang.
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A
- 150ml air suam
- 1sudu besar mauripan
- 1 susu makan susu pekat
- 1 sudu makan gula
*Campur semua biar yis kembang
BAHAN B
- 250g tepung gandum @tepung roti
- Secubit garam
- 1 sudu makan gula
- 1 biji telur
*Campur semua bahan a dan bahan b.
BAHAN C
- 30g butter yang dah dicairkan
CARA PENYEDIAAN :
- Masukkan bahan c dalam adunan a dan b tadi.
- Adunan akan cair sikit. Uli sehingga kenyal. Tambahkan tepung gandum sehingga adunan tak lekat kat tangan atau bekas.
- Uli tangan hingga elastik lebih kurang 20 minit. Ada mesin dalam 15min je. Akan nampak adunan kenyal dan tak lekat. Boleh tarik.
- Boleh buat macam2 roti. Nak tabur gula ke cheese ke terpulang.
- Mak uli tangan je. Sbb mixer mak mixer biasa takut bergegar alam.
Selamat Mencuba!
Sumber : Elianie Ali via MAHN