Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Harga Mencecah RM7K Ada Apa Dengan Mesin Memasak Viral Ini?

Harga Mencecah RM7K Ada Apa Dengan Mesin Memasak Viral Ini?

Kategori: ,

Umum mengetahui bahawa tidak ramai orang yang mahir memasak seperti chef. Dan ada juga yang pandai memasak tetapi tiada masa untuk memasak mungkin disebabkan sibuk bekerja atau faktor lain. Tetapi tanpa pengetahuan kita, rupa-rupanya mesin yang canggih ini dicipta untuk memudahkan kita memasak dirumah.

Mesin memasak Thermomix ini heboh diperkatakan di media sosial baru-baru ini. Mesin mewah bernilai RM7188 ini, mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama. Walaupun anda tidak tahu cara memasak makanan tersebut, tidak mengapa. Anda hanya perlu menggunakan resepi yang disediakan dan memasukkan bahan-bahannya ke dalam mesin tersebut, dan ia akan memasakkan untuk anda!

Bagi yang telah membeli mesin canggih ini, anda boleh mempelajari cara menggunakannya dengan hanya menontondemonstrasi memasak melalui laman web ataupun melalui talian hotline.

Permaisuri Agong Turut Menggunakannya

https://www.facebook.com/ThermomixMalaysia/posts/3156123434399688

Selain Permaisuri Agong kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, chef selebriti Anis Nabilah juga turut menggunakan mesin ini. Dalam pada itu, ada juga beberapa perkongsian di facebook yang  telah menggunakan mesin Thermomix ini.

Dilengkapi dengan teknologi terkini, skrin sentuh dan keunikkan fungsi yang ada pada Thermomix ini dapat menyediakan makanan dan memasak dengan lebih mudah. Bukan telefon sahaja ada skrin sentuh, mesin memasak pun skrin sentuh juga. Bab kata orang memasak di hujung jari je.

Harganya mahal, apa sebenarnya yang mesin ini mampu buat?

HANYA 1 BLABE DAN MEMPUNYAI 12 FUNGSI

Kini semua orang boleh memasak dengan Thermomix. Mempunyai skrin sentuh dan cakera pemilih tunggal membolehkan ia dikendalikan dengan mudah. Ia juga boleh dimasak dengan kapasiti yang lebih besar. Seronok kan? Thermomix mempunyai keupayaan untuk mengerakkan, membuat campuran dan mencincang dan juga boleh memasak antaranya seperti stim, menimbang, mengisar,menguli, mereneg dan sebagainya.

MASAK DENGAN TEPAT

Dengan masa yang sesuai, suhu dan kelajuan yang mana menjamin hasil yang baik setiap kali anda memasak. Dengan lebih daripada 7 juta pengguna dan lebih 100k resepi, menjadikan Thermomix ini sebagai perkakas dapur pintar yang hebat dan mahir dalam memasak dan membakar bagi menghasilkan hidangan yang enak.

PANDUAN FUNGSI MEMASAK YANG UNIK

Kita boleh merujuk semua resepi yang akan ditunjukkan pada paparan Thermomix ini. Dengan hanya menggunakan skrin sentuh, pengguna Thermomix dapat mencari resepi dengan mudah dan boleh dijadikan sebagai idea.

https://www.facebook.com/widyana.ali/posts/10215671358760915

 

https://www.facebook.com/OfficialAnisNabilah/videos/2350265601931462/?t=2&v=2350265601931462

Nampaknya selepas ini ramai yang akan melaburkan wang demi robot kecil yang canggih ini. Para suami dah mula risau jika ada isteri mereka yang minta untuk dibelikan Thermomix ini. Tapi apa pun, ukurlah baju di badan sendiri.

tags: