Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Donut Tanpa Perlu Uli, Tapi ‘Gerenti’ Jadi!

Resepi Donut Tanpa Perlu Uli, Tapi ‘Gerenti’ Jadi!

Kategori: ,
Resepi Donut Tanpa Perlu Uli

Ramai yang suka mencuba untuk membuat donut kan? Tapi sampai je part nak uli tu terus malas nak buat. Tapi, anda jangan risau. Disini saya kongsikan resepi donut tanpa perlu uli.

Resepi ini dikongsikan oleh Fa Phong di laman Facebook. Menurutnya, resepi donut ini sangat senang, mudah dan pasti menjadi sebab tak perlu uli sampai nak ‘sado’ tangan. Yang mana trauma untuk buat donut sebab asyik tak jadi, dengan menggunakan resepi ni anda tak perlu risau lagi ya!

Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Resepi Donut Tanpa Perlu Uli, Tapi ‘Gerenti’ Jadi!

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan margerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • Garam
  • Yis

Cara-cara:

  1. Masukkan 4 cawan tepung gandum.
  2. Masukkan 4 sudu makan margerin. 2 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan sedikit garam.
  4. Ramaskan semua bahan tadi menggunakan tangan. Guna senduk pun boleh.
  5. Bancuhkan yis. Campurkan air suam, gula, susu pekat dan yis. Tunggu sehingga yis kembang.
  6. Kemudian, masukkan yis ke dalam adunan, tutupkan pakai kain lembap di atasnay dan biarkan selama 1 jam. Adunan memang akan lembik. Biarkan dia kembang dahulu.
  7. Hasil selepas 1 jam, doh akan kemang. Keluarkan angin dalam doh dengan menumbuk-numbuk doh secara manja.
  8. Letak tepung sikit dan bentukkan dia.
  9. Sediakan bahan uli. Untuk bentukkan donut. Kalau tiada penggelek boleh guna cawan atau botol kicap.
  10. Canai doh mcm ni.
  11. Tekap untuk dapatkan bentuk bulat. Gunakan cawan pun boleh. Untuk lubang di tengah gunakan jari sahaja.
  12. Ok lepas dah bentukkan donut kene tunggu lagi 15minit tau. Doh akan kembang lagi.
  13. Selepas dah kembang, boleh la goreng donut tu.
  14. Goreng pakai minyak banyak dan api jangan terlalu kuat.
  15. Salutkan donut dengan gula.

Kredit: Fa Phong

Selamat mencuba!

tags: