Rojak stor ini amat popular dalam kalangan orang Terengganu. Kalau di Terengganu ia dipanggil rojak stor orang kedah pula memanggilnya rojak stoi. Memang sedap. Segala rasa masam yang keterlaluan buah stor ini akan hilang apabila kita membuat rojak. Jadi ayuh kita sama-sama mencuba.
BAHAN – BAHAN :
- Buah stor (orang kedah panggil stoi)
- Lada kisar
- Ikan temenung /selayang
- Cuka / air asam jawa
- Gula Melaka
- Belacan
CARA PENYEDIAAN :
- Cairkan gula melaka dengan 500ml air.
- Masukkan lada kisar, air asam jawa, isi ikan dan sedikit garam.
- Masak sehingga mendidih.
- Tutup api, masukkan buah stor yang telah diperam dengan air garam semalamam ke dalam kuah rojak yang dimasak tadi. (Kupas kulit dan cincang kulitnya sebelum diperam)
- Hidang semasa sejuk, memang terangkat.
SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI. SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Noorul Akmal Deraman via MAHN