Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Jom Kenali Jenis-Jenis Butter Yang Sesuai Untuk ‘Membaking’

Jom Kenali Jenis-Jenis Butter Yang Sesuai Untuk ‘Membaking’

Kategori: ,
Jenis-Jenis Butter

Untuk yang baru nak belajar dan mula membaking ni, perkara asas yang perlu anda faham sebelum membuat adalah bahan-bahan yang digunakan seperti jenis-jenis butter yang digunakan.

Terutama sekali jenis mentega atau butter yang digunakan kerana ianya mempunyai pelbagai jenis. Perkongsian daripada Amirul Kalif Syde ini sememangnya akan membantu kalian yang baru berjinak-jinak dalam belajar membuat kek dan kuih.

Beliau menerangkan jenis-jenis mentega yang seharusnya kita faham supaya kek atau pastri yang dihasilkan bukan saja menjadi tapi juga enak. Berikut adalah perkongsiannya yang dikongsi di laman Twitter.

Jangan gembira sangat kalau tengok harga murah

Untuk kalian yang masih berjinak-jinak dalam dunia baking ini, jangan terlalu gembira jika melihat butter murah yang dijual kerana mungkin ia bukan apa yang kalian perlukan.

Bila anda membuat sesuatu benda yang menggunakan butter, sememangnya ini bukan pilihan yang bagus. Kita ada banyak jenis butter, seperti normal butter (salted/unsalted) / clarified butter (ghee) dan sebagainya.

Dan kalian perlu tahu, dua butter diatas bukanlah PURE BUTTER atau memang bukan butter langsung, ianya lebih kepada marjerin.

Yang ini adalah content dalam BUTTERCUP ‘butter’ tu. Bahan utama dia adalah palm oil dimana ia menunjukkan ini adalah bukan butter tetapi marjerin.

Butter diperbuat dari lemak tenusu

Sebuah butter hanyalah butter apabila ia diperbuat daripada lemak tenusu pada kadar sekurangnya 80% tenusu. Jika bawah daripada itu, ia adalah marjerin atau campuran butter-marjerin.

Ada yang kata, buttercup tu sedap je rasa dia macam butter. Mungkin bau, aroma, tekstur memang sama macam butter. Cuma apabila baking, kita akan dapat lihat dan rasa perbezaan yang ketara pada hasil baking itu.

Maka sebab itulah kenapa harga buttercup/farmcow dan sekufu dengannya ini boleh didapati dengan harga yang murah dan butter seperti tatura, anchor, emborg lebih mahal.

Guna ikut kesesuaian

Dalam pastri ini salah satu kekuatan utama adalah butter. Semakin tinggi kualiti butter, semakin tinggi juga kualiti pastri.

Selepas ini, kalau ada yang cakap “kek ini sedap sebab kita pakai butter mahal, buttercup tau”, kalian bolehlah perlahan-lahan beredar dari situ.

Tapi korang janganlah terus benci atau boikot buttercup/farmcow ini pula. Sebab ia boleh digunakan ikut kesesuaian. Contoh nak buat kuih raya sepeti tart nenas atau semperit, tiada masalah pun kalau nak guna buttercup sebab kurang rasa tenusu.

Jangan lepas ni makan roti sapur anchor dahlah.

Ni ada rujukan sikit untuk kalian supaya mudah ingat atau buntu nak bezakan. Cara nak bezakan dua ni senang je iaitu tengok harga dan tengok bahan kandungannya.

Jangan main tembak je beli.

Contoh non-Pure Butter

  • Buttercup
  • FarmCows
  • TwinCows

Contoh Pure Butter

  • Anchor
  • Tatura
  • SCS
  • Emborg
  • Golden Churn
  • Western Star
  • Philadelphia
  • Kerrygold

Semua ini selalunya ada di baking store atau supermarket Malaysia. Kalau macam butter, whipping cream dan cream cheese ni boleh beli di baking store sebab harga jauh lebih murah berbanding Supermarket, ikut atas keselesaan masing-masing.

 

Kredit: Vanillakismis

Semoga bermanfaat!

tags: