Puding tembikai ni memang sedap. Bukan sahaja sedap malah rupa bentuknya juga amat cantik. Hanya orang yang kreatif dan tahu caranya sahaja boleh buat puding tembikai ini. Walaubagaimanapun ramai yang cuba buat tapi tak menjadi. Sebab leceh sikit. Tapi anda boleh cuba cara buat puding tembikai yang di kongsi oleh seorang wanita di laman facebooknya ini.
Resepi Puding Tembikai
BAHAN A
- 1 paket serbuk agar² (10gm)
- 4 cawan air
BAHAN B (diblend)
- 3 keping roti putih gardenia
- 1 biji telur
- 1/4 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 sdb mentega/margerin
- 1 tin susu cair
- 1 sdt esen vanilla
- 1/2 sdt perisa rose golden lion + 1/2 sdt bright red
- 1/2 sdt pewarna hijau tua + 1 sdt pewarna hijau apple star brand
BAHAN LAIN (biji² tembikai)
- cincau
- bijan hitam
- selasih
- coklat chip
- coklat rice |terpulang nak masukkan ye
CARA PENYEDIAAN :
- Masak bahan A sehingga larut
- Perlahankan api
- Masukkan pula bahan blend dan kacau sebati
- Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih/naik wap
- Tutup api
**utk loyang 8×8
- Ambil 1 cwn adunan puding diwarnakan hijau
- Tuang ke dalam loyang/sejukkan
- Cakar dengan garpu permukaan puding
- Ambik 3/4 cwn adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau sejukkan
- Cakar juga permukaan puding
- Adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam (terpulang)
- Tuang merah ke atas lapisan asal kemudian sejukkan
- Siap/sedia dihidangkan
untuk loyang segi 3 (#LoyangSegi3 ni ada jual di bakery)
- Tuang merah, warna asal dan akhir sekali hijau
- Ikut langkah2 yg sama
- **disini ada kesilapan sedikit
- Lapisan tgh opah tu sepatutnya nipis sedikit dari lapisan hijau, opah dh silap tuang. Hijau tebal baru cantik bagi mata opah le, kome pandai-pandai lah ye.
Selamat Mencuba!
Sumber : Facebook Mas Cotek