Kuih ketayap atau kuih dadar gulung ialah kuih tradisi yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sangat mudah disediakan dan sangat sedap jika mencukupi segala ramuannya.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 1/2 cawan air pandan
- 2 biji telur C
- 1 sdb myk masak
- sedikit garam
- sedikit pewarna hijau
CARA PENYEDIAAN :
- Satukan kesemua bahan, sebatikan. Boleh kisar je.
- Panaskan kuali (non stick jika ada) jika tiada sapu kuali dengan sedikit minyak.
- Dengan menggunakan api perlahan masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan/lenggang-lenggangkan
- Biarkan masak/tak perlu diterbalikkan.
- Angkat ketepikan dan ulang sehingga habis.
- Sementara menunggu kuih masak, letakkan inti di atas kuih ketayap yang sudah siap lipat kiri kanan, gulung dan kemaskan.
- Siap.
BAHAN INTI
- 1 biji kelapa muda diparut
- 1 cawan air
- 4 keping gula kerek | gula merah pun boleh
- gula pasir secukup rasa
- 2 helai pandan disimpul
- sedikit tepung gandum
CARA PENYEDIAAN :
- Didihkan air, masukkan gula kerek, gula pasir pandan. Masak hingga larut.
- Masukkan kelapa parut kacau rata.
- Bila inti agak-agak nak kering (opah suka lembab-lembap sikit) taburkan tepung gandum.
- Sejukkan.
P/S: Fungsi tepung supaya inti melekat dan tidak berderai
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Mas Cotek
Baca juga: Resepi Lengkap Kuih Resoles Yang Sedap & Menyelerakan