Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Stok Pati Kurma Homemade Untuk Sahur

Cara Mudah Buat Stok Pati Kurma Homemade Untuk Sahur

Kategori:
pati kurma

Bulan puasa akan tiba tak lama lagi. Pasti pati kurma ini lebih memudahkan anda untuk bersahur seandainya anda penggemar susu kurma.

Susu kurma ini mampu mengenyangkan perut anda. Boleh tahan sampai berbuka. Dalam masa yang sama ia juga memberikan tenaga buat anda untuk berpuasa sepanjang hari.

Bila nak minum hanya perlu campurkan susu. Mudah kan? Kalau terlambat bangun sahur, mihun ini sahaja tak risau berlapar lagi.

Cara Buat Stok Pati Kurma Homemade

BAHAN -BAHAN :

  • Kurma

CARA PENYEDIAAN :

  1. Buang biji dan basuh buah kurma. Toskan airnya.
  2. Kukus buah kurma tadi selama 20 minit (nak rendam semalamam pun boleh)
  3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
  4. Masukkan kisaran kurma tadi ke dalam bekas dan bolehlah di simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
  5. Untuk menikmati susu kurma semasa sahur, campur 2 sudu makan pati kurma bersama susu. Kacau sebati. Boleh juga dicampur dengan madu, badam, kismis dan sebagainya.
  6. Sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Nadiah Latfi

tags: |