Resepi Mexico Bun @ Papa Roti. Sangat mudah dan senang. Jangan lupa cuba ya, sesuai dimakan untuk minum petang.
Resepi Mexico Bun @ Papa Roti
BAHAN-BAHAN MEMBUAT DOH ROTI.
- 500 gm tepung roti diayak terlebih dahulu
- 1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener
- 75 gm gula kastor
- 3 sudu teh yis kering
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur dipukul
- 250 ml susu segar
- 60 gm mentega
* Klau xde bread softener @ improver bleh gantikan dengan shortening
BAHAN-BAHAN MEMBUAT INTI PAPA ROTI.
- 200 gm mentega
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 70 gm gula perang
CARA-CARA MEMBUAT INTI PAPA ROTI.
- Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
- Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT TOPPING PAPA ROTI.
- 100gm mentega
- 80 gm gula aising
- 2 biji telur
- 1 sudu besar nescafe dicampur sedikit air panas
- 100 gm tepung gandum yang telah diayak
CARA-CARA MEMBUAT TOPPING PAPA ROTI.
- Putar mentega selama 5 minit.
- Masukkan telur, gula aising dan bancuhan Nescafe (Nescafe nie digunakan untuk menaikkan aromanya).
- Masukkn tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati dan ketepikan dahulu sementara waktu.
CARA-CARA MEMBUAT PAPA ROTI.
- Tepung, gula dan garam digaul di dalam mangkuk hingga sebati. Masukkan yis, bread improver dan softener dan digaul rata sekali lagi.
- Masukkan telur & susu segar dan gaulkannya sehingga rata.
- Anda boleh la menguli doh anda.
- Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @ hingga licin..
- Biarkan doh anda seketika dan biarkan sehingga kembang. Jadikan doh anda berbentuk bulat atau mana-mana yang anda suka.
- Selepas itu ambil sebiji doh & leperkan atasnya sikit.
- Masukkan inti tadi dan tutup semula dengan doh anda itu.
- Masukkan doh yg telah dibubuh inti tadi di atas loyang pembakar yang telah diletak bawahnya dengan mentega.
- Biarkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba. Tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain yg bersih supaya doh dapat haba..
- Selepas 45 minit, letakkan topping di atas roti yg telah kembang tu.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu
- 170’C selama 15 minit atau bun keperangan.
Selamat mencuba!