Resepi puding roti sos kastard ini dikongsikan oleh Khairun Nisa di laman Facebooknya. Selepas ini kalau ada roti yang tidak habis atau sudah tamat tempoh (sekiranya masih elok), jangan buang ya sebab boleh dibuat puding roti. Lagi-lagi kalau guna roti jenama Gardenia yang lembut tu, boleh makan bertambah jadinya buat penggemar puding roti bersos kastad ini.
Sesuai dimakan untuk minum petang, anak-anak pasti suka! Rahsia puding roti yang sedap terletak pada sos kastard yang dibuat. Kalau ikut resipi ini, dijamin sedap! Selamat mencuba.
Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan susu full cream/susu cair
- 1 biji telur
- 2 sudu besar gula (nak manis tambah lagi)
- 1 sudu besar butter/marjerin/planta
- 1 sudu teh esen vanilla
- 7 – 8 keping roti Gardenia (jenama ni puding jadi soft dan gebu)
Cara penyediaan:
- Masukkan 1 1/2 cawan susu full cream/susu cair dalam bekas.
- Tambah 1 biji telur. Kemudian, masukkan 2 sudu besar gula (nak manis tambah lagi).
- Masukkan 1 sudu besar butter/marjerin/planta. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla. Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati.
- Carik, potong 7-8 keping roti Gardenia dan susun ke dalam loyang.
- Tuang bahan yang dikacau sehingga sebati tadi ke dalam loyang. Taburkan brown sugar, kismis dan chocolate chip.
- Bakar selama 30 minit, pada suhu 170 Celcius.
- Nak cantik, tabur brown sugar, kismis, choc chip.
- Bakar lagi pada suhu 170 selama 30 minit atau sehingga masak.
Bahan sos kastard:
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2-3 sudu besar gula ( ejas tahap kemanisan citarasa anda)
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara penyediaan:
- Masukkan 1 tin susu cair ke dalam kuali
- Kemudian, masukkan 2 sudu besar tepung kastard
- Masukkan 2-3 sudu besar gula (mengikut tahap kemanisan citarasa anda)
- Akhir sekali, masukkan 1 sudu teh esen vanilla *Nota: Pastikan jangan membuka api dahulu semasa mencampurkan bahan diatas
- Kemudian, bahan-bahan yang telah dicampurkan, kacau atas api sehingga pekat.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Khairun Nisa