Sejak musim PKP ni dah tak boleh nak makan ais krim mcflurry oreo mcd kan? Nak order dengan food rider pun tak boleh. Nanti cair. Jadi jom kita cuba buat sendiri aiskrim oreo ala-ala mcd ni.
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 gelas susu cair
- 1/2 tin susu pekat (ikut kesukaan masing2)
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 paket biskut oreo
CARA PENYEDIAAN :
- Campurkan kesemua bahan kecuali biskut dan blend sampai gebu.
- Tuang ke dalam bekas. Masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan dan gaul bagi sebati.
- Lebihan serbuk oreo tu tabur je atas aiskrim.
- Lepas tu masukkan ke dalam freezer. Tunggu sampai beku. Siap!
- Sedap makan depan TV sambil layan citer korea.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Nurasyikin Ali