Sejak PKP dijalankan, memang susah nak dapatkan kuih muih yang biasanya dibeli di tepi jalan. Kadang-kadang, hati mula terasa rindu nak sarapan dengan kuih muih yang selalu menjadi rutin setiap pagi. Mungkin sepanjang PKP ini masanya untuk mencuba sendiri membuat pelbagai kuih muih.
Antara kuih yang digemari ramai iaitu kuih seri muka. Jom ikuti resepi kuih seri muka, perkongsian dari Puan Shakinah Zainal ini.
Ada yg suka serimuka. Org Kedah panggil pulut sekaya. Serimuka ni pulut kena kenyal2 lembut tak mau lembik tak mau keras. Kepala pn sama nk lembut2 baru best. Santan pula kena pakai santan fresh baru dpt results yg sedap. Fb lama dulu mama dh pernah share. Tp harini mama nk share lg sekali resepi serimuka mudah ni. Resepi ni mmg rasa like org2 tua dulu buat. Kepala lembut, lemak dan beraroma.
Resepi ni utk famili kecik, klu ramai boleh la skli makan. Sesuai utk loyang saiz 8inci klu saiz 10 pn blh nipis la dpt. Sapa yg rindu serimuka arwah tok2 ka mak2 blh la cuba noh. Semoga bermanfaat.
1. 2cawan kopi beras pulut cuci bersih dan toskan
2. Masukkan 2cawan suku santan. Kalau pakai santan kotak tambah 1sdb minyak masak. 1sdk garam. 1sdk gula utk naikkan rasa lemak tu.3. Biar pulut tenggelam gini jer. Kukus sampai masak cantik. Macam mana masak? Pulut tak der biji beras dh la. Kukus la dlm bekas apa pn xpa. Mama guna periuk je hihi.4. Oles loyang dgn minyak, letakkan plastic, pakai jer apa2 plastic pn. Lapik kemas. Masukkan pulut tekat padat2.
https://www.facebook.com/shakinah.zainal/videos/pcb.242213187146521/242211657146674/?type=3&theater
5. 1/2 cawan air blendkan 5helai daun pandan tapiskan. Letak tepi.6. 4sdb tepung gandum. 1sdb tepung beras. Contoh cara cedok refer pict ye hihi.7. Kalau mls sukat pakai sudu. Tepung mcm ni kurg dr 3/4 cawan.8. Dalam bekas lain. Sukat air pandan +santan jadikan mereka 2 cawan. Satukan. Ingt nah 2cawan jer mereka dua tu stlh disatukan. Santan nk pekat2. Mama pakai perahan pertama.
9. Masukkan tepung.
12. Masukkan 5biji telur. Nak jimat lg 4biji pn ok tp lurg lg tak blh hihi.
13. Kacau sebati sampai semua hancur. Tapiskan.
15. Kacau sekejab sampai naik wap.
16. Tuangkan adunan keats pulut yg telah ready dlm periuk pengukus.
17.Kukus selama 35minit. Pastikan plastic tu tinggi cmtu.
18. Dah masak buka penutup, klu ada air btakung blh letak tisu dapur dan angkat buang tisu. Jgn padamkan api lg biarkan selama 5 minit. Padamkan api blh angkat. Sejukkan.
19. Potong la ikut kreativiti.. Mama potong cm org2 dlu..serong2.
20. Susun segak2.. Jom makan.