Buat para ibu yang bekerjaya, pastinya ingin peralatan dapur yang dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan penyediaan makanan mereka. Pastinya jika para ibu tahu akan periuk nasi serbaguna dari Jepun ini, mereka akan tersenyum gembira dan ingin mendapatkannya. Terus minta suami belikan. Tak mampu nak beli Thermomix yang beribu tu takpe, minta suami belikan yang ini.
Bukan sekadar periuk nasi, Twin Chef hadir dengan tetapan yang berbeza membolehkan anda mengoptimumkan suhu dan masa memasak periuk untuk membuat makanan yang berbeza. Hebat kan? Siap boleh masak dua menu lagi dalam satu masa.
Anda bukan sahaja boleh masak nasi tetapi anda juga boleh tampil dengan menu seperti okayu (bubur nasi Jepun), nimono (daging dan sayur-sayuran rebus ala Jepun), sup dan kek.
Lebih menarik, anda boleh masak 2 menu berbeza dalam satu masa yang berbeza dan juga dua dulang steamer turut diberikan untuk membuat lauk tambahan. Difahamkan harga untuk Twin Chef ini adalah 19,800 yen (~RM803) sahaja dan jika berminat boleh dapatkan di laman sesawang Shop Japan.
Sumber rujukan : thevocket.com