Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cekodok Pisang Bulat Comel Dan Rangup, Kecur Air Liur Dibuatnya!

Resepi Cekodok Pisang Bulat Comel Dan Rangup, Kecur Air Liur Dibuatnya!

Kategori: ,
resepi cekodok pisang

Cekodok pisang merupakan antara makanan yang sangat sesuai dimakan pada waktu pagi atau pun waktu petang. Hidangan cekodok ini jika digandingkan dengan air teh panas memang menjadi. Puas hati sungguh. Jadi apa kata kita buat cekodok pisang hari ini!

Resepi Cekodok Pisang Mudah & Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji pisang emas dilenyek (pisang lain pun boleh/terpulang)
  • 3/4 caawan tepung gandum
  • 3 sdb gula pasir
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • secubit garam

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan kesemua bahan.
  2. Gaul sebati.
  3. Perap lebih kurang 30 minit.
  4. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas.
  5. Goreng dengan api sederhana sehingga masak.
  6. Siap untuk dihidangkan.

NOTA:

  • Tujuan perap supaya cekodok rangup di luar lembut di dalam.
  • Untuk dapatkan bulat-bulat, jemput dengan jari sahaja yang dibasahkan dengan sedikit air.
  • Goreng dalam minyak yang banyak.
  • Jemput 10-15 biji setiap kali menggoreng kerana ianya mengembang. Bergantung pada saiz kuali yang digunakan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Facebook Mas Cotek

Baca juga: Cara Buat Cekodok Guna Roti Gardenia, Lagi Rangup & Sedap! Rugi Kalau Tak Cuba

tags: |