Hari ini saya kongsikan resepi untuk membuat kek tape panggang. Cara caranya begitu mudah sahaja untuk disediakan. Tidak perlu bahan yang banyak dalam menyediakannya. Jom ikuti saya dalam langkah-langkah penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1 butir telur
100 gr tape singkong
100 gr tepung terigu
100 gr gula pasir
100 gr mentega
1 sdt ovalet
1 sct panili
2 pewarna makanan
Cara membuat kek tape
Masukkan telur, gula pasir, ovalet dan panili ke dalam mixer
Mixer hingga rata dan mengembang
Setelah itu campurkan tape dan mentega di dalam bekas berlainan
Kemudian masukkan ia ke dalam bekas mixer tadi
Mixer sehingga sebati
Masukan tepung dan kacau sehingga rata
Kemudian masukkan pewarna makanan
Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam bekas berasingan untuk dijadikan toping
Letakkan adunan selebihnya ke dalam bekas yang disediakan
campurkan adunan yang diasingkan tadi dengan pewarna dan jadikan ia sebagai toping
Bakar selama 20 – 25 min
Hidangan anda siap untuk disajikan
Selamat Mencuba.
Tonton video di bawah untuk cara-cara penyediaannya: