Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Rahsia Kek Marble Bundt Yang Sedap, Gebu & Cantik

Ini Resepi Rahsia Kek Marble Bundt Yang Sedap, Gebu & Cantik

Kategori: ,

Nak buat kek marble bundt tapi takut tak menjadi? Follow je resepi ini. InshaAllah anda dapat menghasilkan kek yang cantik. Bukan sahaja cantik tetapi gebu dan sedap. Follow dengan teliti jangan tertinggal satu pun ye.

BAHAN-BAHAN:

  • 500g salted butter, suhu bilik
  • 400g gula halus
  • 8 biji telur grade A
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 400g tepung tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 8 sudu besar susu segar
  • 4 sudu besar serbuk koko atau 1/2 cawan chocolate cip |cair kan guna microwave 3 minit

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan ketuhar hingga 180C (350 ° F)
  2. Gris kan loyang dengan sedikit butter, ketepikan.
  3. Ayakan tepung dan serbuk penaik. Ketepikan.
  4. Guna mixer, campur kan butter dan gula putar sehingga kembang. Masukkan telur pertama. Putar lagi, ulang sehingga berkrim.
  5. Masukkan vanilla esen putar lagi, masukkan tepung putar lagi sehingga sebati. Akhirnya, masukkan susu. Putar hingga sebati.
  6. Ambil 1 cawan adunan kosong dan campur kan dengan serbuk koko (atau 1/2 cawan chocolate cip yg telah di cair kan) dan kacau sebati.
  7. Masukkan adunan kosong ke dalam loyang ratakan. Goncangkannya dengan pelahan untuk rata kan.
  8. Tuangkan adunan koko di tengah-tengah loyang, dan layang ringan adunan koko dengan pisau butter. Saya biasanya melakukan bentuk “S” dengan pisau butter beberapa kali. Jangan layangkan kasar sangat, nanti bercampur aduk dedua adunan dah tak jadi marble nya.
  9. Bakar selama 40-45 minit dan sehingga coklat keemasan.
  10. Cucuk dengan lidi di tengah-tengah kek tengok masak atau tidak… Kalau dah masak, keluarkannya dari ketuhar dan biarkan sejuk pada rak dawai selama 5 minit lagi. Keluarkan dari loyang dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Mas Cotek

tags: |