Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Cara Buat Whipping Cream Homemade, Senang Jer Rupanya

Ini Cara Buat Whipping Cream Homemade, Senang Jer Rupanya

Kategori: ,
Whipping Cream Homemade

Siapa yang biasa buat kek mesti kenal dan biasa guna Whipping Cream ni. Kalau beli kat kedai, harganya pun boleh tahan mahal. Jadi apa kata buat sendiri je Whipping Cream Homemade kat rumah. Jimat pun jimat, kan?

Ikuti perkongsian daripada Soleh Fattah ini yang berkongsikan cara-cara membuat Whipping Cream Homemade.

Whipping Cream Homemade

Bahan-bahan:

  • 1 sdb ovalette
  • 5 sdb susu pekat
  • 4 sdb susu powder (tak kisah brand apa, sis pakai fernleaf family)
  • 3 sdb gula (boleh kurangkan klu tak suka manis)
  • 1 bekas ais batu (pastikan dlm ketulan kecil-kecil, senang nak mix)
  • Mixer

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ye, jangan pakai bekas kecil.
  2. Gaul rata semua bahan2, bagi sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah. Alasan nya, nanti ais batu terkeluar dari bekas korang, habis bersepah nanti.
  3. Minit ke-2, boleh tingkat kan kelajuan, sederhana dlm 3 minit. Mix je sampai tak nampak ais batu tu. Masa ni korang akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk.
  4. Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum, mix dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat ya. Then, siap la whipping cream korang.

Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja

 

Kredit resepi: Soleh Fattah

Selamat mencuba!

tags: |