Ini dia cara mudah nak buat puding biskut. Tak perlu serbuk agar-agar atau bahan yang banyak pun. Hanya dengan 4 bahan dah siap jadi puding biskut. Jom cuba sekarang.
BAHAN-BAHAN :
- 25 keping biskut cream crackers
 
- 4 biji telur
 
- 1/2 cwn susu pekat manis
 
- 2 sdb gula perang
 
CARA PENYEDIAAN :
- Sediakan loyang 7×7 sapu sedikit minyak
 
- Rendam biskut ke dalam air panas sehingga kembang,kemudian toskan
 
- Masukkan biskut, susu, telur dan gula perang ke dalam blend
 
- Kisar sehingga halus
 
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian atau lebih.. terpulang
 
- Masukkan pewarna (optional/milo)
 
- Kukus selapis² sehingga masak. Setiap lapisan 5min sahaja, lapisan terakhir 10 min
 
- 5 min akhir bukak penutup kukus tujuan nak bagi air ats permukaan puding kering
 
- Siap / sejukkan baru dipotong
 
**boleh kukus menggunakan acuan kecil, lebih mudah
** 2/3 cwn utk setiap 1 lapisan
**opah guna loyang 9x5x2

SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Mas Cotek
“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com“