Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Dia Cara Buat 4 Pes Wajib Bagi Memudahkan Anda Menggunakannya Untuk Memasak Setiap Hari

Ini Dia Cara Buat 4 Pes Wajib Bagi Memudahkan Anda Menggunakannya Untuk Memasak Setiap Hari

Kategori: ,

Tugas memasak adalah rutin harian wanita yang bergelar ibu. Bukannya hanya memasak, kadang kala para ibu juga sibuk dengan beberapa tugasan yang lain. Dan mungkin akan ada para ibu tak sempat nak menyediakan makanan yang sedap kerana kesuntukkan masa nak buat itu, nak kisar lada lah apa lah.

Jadi bagi memudakan urusan para ibu untuk memasak, jom kita ikuti cara yang dikongsi Susun Atur Sioca di laman facebook miliknya. Sangat mudah untuk disediakan, pes wajib yang dibuat sendiri itu lebih jimat dan pasti lebih tahan lama.

Pes Ringkas Menjelang Ramadhan

Dah lama sebenarnya tak buat pes. Sengaja buat from scratch. Tapi menjelang Ramadan plan kurangkan masa di dapur. So, buat empat pes ni.

1.Pes sambal merah.

Bahan : Cili kering tiga suku periuk, tiga biji bawang merah, ikan bilis segenggam, air asam

Cara : Rebus cili, kisar dengan bawang dan ikan bilis, tumis dengan minyak yang banyak…masuk air asam, garam, gula…lebih kurang 45 minit dah boleh padam api, sejukkan dan simpan chiller.

Tujuan : Buat pelbagai jenis sambal, rencah nasi goreng, rencah mee goreng dan lain-lain.

2.Pes sambal hijau.

Bahan : Cili padi tiga suku blender, tiga biji bawang merah, sebiji tomato, ikan bilis satu cawan (lagi banyak lagi sedap)

Cara : Kisar cili padi dengan bawang, dah halus masukkan tomato dan ikan bilis, kisar kasar dan tumis dengan minyak yang banyak, masukkan garam dan gula, 45 minit dah boleh padam api, tunggu sejuk, simpan chiller.

Tujuan : Buat sambal cili padi, rencah nasi goreng, rencah sayur dll. Makan dengan nasi panas-panas mereka sahaja pun sodap!

3.Pes bawang merah

4.Pes bawang putih

Hari ni siapkan pes bawang merah & bawang putih pula. Simple sangat caranya.

Blend bawang dengan minyak, letak dalam bekas kering, litupi dengan minyak sebagai pengawet, setel! (resepi kata tak perlu tumis, so kita follow je)

Tips tambahan:

  1. Kisar kasar bawang merah supaya ada tekstur
  2. Rendam bawang putih, mudah cabut kulit
  3. Blend guna minyak, jangan guna air
  4. Bekas wajib kering

  1. Lapisan minyak halang bawang dari rosak/serap kuman dan sebagainya
  2. Berguna untuk buat nasi goreng/masak sayur/masak sup, dan lain-lain

Diharap kerja memasak jadi mudah bulan puasa ni. Nak mudah lagi mudah orang kata. Ish2. Btw, bau pes bawang putih tu sungguh sedap okay, macam garlic spread…

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Susun Atur Sioca

 

tags: