Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan Yang Gebu & Menyelerakan

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan Yang Gebu & Menyelerakan

Kategori: ,

Kita dan kek coklat sememangnya tidak boleh berpisah kan? Sebulan sekali mesti makan, sebab kemanisan rasa coklat itulah yang menggembirakan kita. Ditambah lagi dengan musim PKP sekarang ini, anak-anak pasti asyik minta je. Jadi Daily Makan bawakan anda semua resepi rahsia kek coklat moist yang gebu dan menyelerakan ini. Jom kita cuba sekarang.

BAHAN KEK :

Bahan A

  • 1 cwn gula
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn minyak masak
  • 1/2 cwn susu pekat

*Campurkan semua bahan A. Masak diatas api kecil sehingga larut.

Bahan B

  • 1 cwn tepong gandum
  • 1sk soda bikarbonat
  • 1sk baking powder

*Satukan bahan B dan ayakkan

Bahan C

  • 3 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • Masukkan dlm blender. Blend sampai putih.

Cara Penyediaan Kek :

  1. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Kacau guna whisk sahaja sehingga sebati dan tiada ketulan tepung
  2. Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu.
  3. Kukus selama 15 minit jika menggunakan bekas kecil. kalau bekas besar 30 minit @sehingga masak.

BAHAN COKLAT TOPPING :

  • 1/2 cwn milo
  • 1/2 serbuk koko
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn minyak

Cara penyediaan :

  1. Satukan semua bahan. Masak dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Suamkan dahulu kemudian boleh lah dituangkan diatas kek tadi. Taburkan coklat rice utk hiasan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Ina Zuriena Via MAHN

Baca juga : Ini Cara Mudah & Cepat Buat 4 Pes Wajib Untuk Masak Juadah Berbuka & Sahur.

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

tags: