Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ringkas Puding Mangga Sebagai Juadah Berbuka Puasa

Resepi Ringkas Puding Mangga Sebagai Juadah Berbuka Puasa

Kategori:

Sambutan ramadhan tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Kalau sebelum ini kita boleh dapatkan apa-apa jenis puding di bazar tapi tahun ini tidak mungkin. Tahun ini nak makan, perlu buat sendiri . Jadi jom kita cuba buat sendiri puding, memandangkan sekarang ini adalah musim mangga, apa kata kita cuba resepi ringkas puding mangga ini.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 paket serbuk agar² (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji mangga di blend dgn 1/2 cwn air

Bahan Lain

  • 1 biji mangga
  • 1/2 bahagian di potong dadu
  • 1/2 bahagian lagi diblend dgn 1 sdb gulan(boleh masukkan sedikit air) jadikan puree mangga
  • 1 sdb biji selasih direndam hingga kembang (jika suka)

CARA PENYEDIAAN :

  1. Satukan serbuk agar², gula dan 3 1/2 cwn air
  2. Masak sehingga larut
  3. Satukan mangga yg diblend tadi dgn susu cair..sebatikan
  4. Tuang ke dalam periuk agar² dan kacau sebati
  5. Didihkan dgn api perlahan
  6. Tutup api kemudian tapis
  7. Biarkan wap panasnya hilang, kemudian tuang perlahan² ke dalam acuan atau loyang
  8. Sejukkan

*** hidang bersama mangga dadu, puree mangga dan biji selasih

***sedap juga dimakan begitu saja

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Mas Cotek

Baca juga : Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan Yang Gebu & Menyelerakan

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

tags: