Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ayam Goreng Berempah Krupp Krapp

Ayam Goreng Berempah Krupp Krapp

Kategori:

Kadang-kadang bila masuk dapur je terus confius nak masak apa kan? Ayam goreng biasa dah selalu sangat makan sampai naik jemu. Betul tak? Apa kata kita masak resepi ayam yang berlainan pulak.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Ayam – tidak kisah nak potong kecik atau nak potong 4, ikut minat masing-masing
  • Daun kari
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Rempah kari & daging
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk cili
  • Sebuk kunyit
  • Telur
  • Tepung jagung
  • Garam dan perasa

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Kisarkan bawang putih, bawang besar, halia dan serai.
  2. Masukkan rempah kari dan daging, serbuk ketumbar, Serbuk jintan manis, Serbuk cili, Sebuk kunyit, Telur, Tepung jagung, Garam dan perasa.
  3. Gaul sebati semua bahan-bahan yang telah dimasukkan ke dalam bekas.
  4. Masukkan ayam kemudian gaulkan rempah yang telah siap hingga sebati bersama ayam.
  5. Gorengkan ayam yang diperap dengan api yang sederhana. Sedia untuk disajikan.
tags: |