Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi ‘Rahsia’ Kuih Buah Melaka Dengan Kelapa Parut Gebu Yang Menyelerakan

Resepi ‘Rahsia’ Kuih Buah Melaka Dengan Kelapa Parut Gebu Yang Menyelerakan

Kategori:

Kuih buah melaka atau onde-onde ini adalah antara kuih muih yang wajib ada ketika bulan ramadhan. Kalau bukan pada bulan puasa pun kadang-kadang teringin juga kan? Nak cari dekat kedai, tak ramai yang buat. Tambahan pula musim hujan macam ni. Jadi apa kata kita buat sendiri je dekat rumah. Guna resepi dekat bawah ni confirm dapat buat onde-onde yang gebu dan sedap!

Resepi RAHSIA Kuih Buah Melaka Dengan Kelapa Parut Gebu Yang Menyelerakan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sdb tepung beras
  • Air pandan secukupnya
  • Sedikit pewarna hijau
  • Gula melaka dipotong kiub
  • Kelapa + garam

CARA PENYEDIAAN :

  1. Didihkan air
  2. Satukan tepung pulut dan tepung beras
  3. Masukkan sedikit demi sedikit air pandan, jadikan doh yg boleh digentel
  4. Ambil sedikit doh, leperkan, masukkan gula melaka sebagai inti, tutup rapat dan bulatkan
  5. Kemudian rebus di dalam air mendidih sehingga timbul
  6. Angkat toskan
  7. Gaulkan bersama kelapa + garam
  8. Sedia dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Mas Cotek

Baca juga : Teringin Nak Makan Ayam Goreng McD? Jom Buat Sendiri, Guna 5 Bahan Je, Mudah Sangat!

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

tags: |