Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia Meatball IKEA, Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia Meatball IKEA, Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

Kategori:
Resepi Rahsia Meatball IKEA

Wanita ini berkongsikan resepi rahsia meatball IKEA yang dikongsikan sendiri oleh IKEA. Jom ikuti perkongsian dari Zan Zafirah Zainal ini. 

Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.

 

Bahan-bahan meatball:

  • 750g daging cincang
  • 100g serbuk roti
  • 1 biji bawang besar – cincang halus
  • 1 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu full cream
  • Garam dan lada hitam

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
  2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
  3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
  4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).

Bahan-bahan sos meatball:

  • 40g mentega
  • 40g tepung gandum
  • 2 kiub pati daging
  • 300ml air
  • 2 sudu kecil kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil Dijon mustard
  • 150ml krim masakan/dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
  2. Masukkan 2 kiub daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.

  3. Tambahkan air 300ml. Pastikan masuk sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul.
  4. Masukkan dijon mustard. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
  5. Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
  6. Masukkan dairy cream 150ml.
  7. Kacau sampai pekat dan tidak berketul. Kuah siap!
  8. Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.

Kredit: Zan Zafirah Zainal

 

tags: