Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Akok, Juadah Untuk Berbuka Puasa Nanti

Resepi Kuih Akok, Juadah Untuk Berbuka Puasa Nanti

Kategori: ,
Kuih Akok

Kuih akok merupakan kuih tradisional yang terkenal di Malaysia. Memang ramai peminat akok yang menggemari kuih ini. Tambah lagi di bulan puasa ni, tengok gambar je dah terliur.

Kalau anda mengidam nak makan kuih akok ni, boleh cuba buat sendiri untuk berbuka nanti. Mudah sahaja caranya dengan menggunakan resepi perkongsian daripada Sitisarah Hamid ini.

Resepi Kuih Akok

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 2 keping gula melaka besar
  • 1 cawan santan
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1/3 cawan air

Cara-cara:

  1. Cairkan gula melaka bersama air.
  2. Selepas itu, kisarkan semua bahan termasuk gula melaka yang dicairkan tadi sehingga sebati.
  3. Bakar menggunakan trio cupcake maker sehingga masak.
  4. Siap!

Kredit: Sitisarah Hamid

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Onde-Onde Sedap Dan Lembut

tags: