Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Masak Ayam Percik Versi Kelantan By Catriona Ross

Resepi Masak Ayam Percik Versi Kelantan By Catriona Ross

Kategori:

Apa perbezaan ayam percik kelantan dengan yang lain. Kalau ayam percik kelantan kuahnya berwarna putih. Tidak memasukkan lada mesin atau cili boh. Resepi Ayam Percik versi Kelantan ini dikongsi oleh Catriona Brian Ross. Jom kita cuba buat. Sangat mudah dan sedap.

BAHAN-BAHAN

Bahan perapan ayam: 

  • Bawang merah kecil 5 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Halia 1/2 inch
  • Garam

Bahan kuah percik :

  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Halia 1/2 inci
  • Garam
  • Gula
  • Santan
  • Serai

CARA PENYEDIAAN:

  1. Perap ayam selama 30 minit kemudian kukus atau rebus separuh masak  lepas tu boleh bakar dengan api kecik.
  2. Campurkan semua bahan kuah percik dan gaul sehingga pekat. Bila dah pekat boleh salutkan ayam.
  3. Siap untuk dihidangkan.

**Resipi ini untuk 1/4 ayam sahaja

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Instagram Catriona Brian Ross

tags: