Churros dibuat pertama kali di China. Makanan ini lebih dulu dikenal dengan sebutan you tiao di China, iaitu kuih berwarna keemasan yang digoreng. Tetapi seiring berjalannya waktu, manusia semakin bijak mengolah makanan. Jadi timbul lah pelbagai warna dan perisa churus. Mas Cotek ada berkongsi resepi churros pandan di laman facebook miliknya. Jom kita cuba buat.
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan air pandan* (3-4 helia pandan dikisar)
- 2 sdb butter/marjerin*
- 1 sdb gula pasir*
- 1/2 sdt garam*
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 2 biji telur gred C
CARA PENYEDIAAN:
- Didihkan bahan bertanda*
- Perlahankan api, masukkan tepung, kacau sebati.
- Tutup api, masukkan telur atau sebatikan hingga menjadi doh.
- Sediakan piping beag atau nozel bintang.
- Panaskan minyak(sederhana panas)
- Masukkan doh ke dalam piping beg atau paipkan ke dalam minyak.
- Goreng dan balikkan sehingga kekuningan
- Angkat dan toskan
- Gaul dengan gula kastor
**Boleh pelbagaikan hidangan sama ada hot coklat, nutella, serbuk cinnamon dan sebagainya.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Mas Cotek