Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ala Ayam Panggang Ayamas Hanya Dengan 3 Bahan. Memang Sedap!

Resepi Ala Ayam Panggang Ayamas Hanya Dengan 3 Bahan. Memang Sedap!

Kategori: ,

Mesti anda semua dah puas kan asyik makan ayam goreng kunyit je. Tambahan pula sekarang musim PKP, dah masuk fasa keempat, dah hilang idea nak masak. Jadi apa kata kali ni kita buat pula ayam goreng rasa seperti ayam panggang ayamas. Memang terbaik rasanya.

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam seekor potong 10
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sos cili (saya guna kimball)

CARA PENYEDIAAN:

1.Rebus ayam hingga masak ( tapi jangan sampai terlalu lama)

2.Angkat dan salut ayam dengan sos cili,kicap manis dan sos tiram

3.Boleh lah di goreng sebentar setakat menggaringkan bahagian luaran sebab isi ayam sudah masak masa di rebus tadi.

4.Toskan dan siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: cuti_makan

Baca juga : Cara Paling Win Buat Churros Pandan , Sekali Rasa Nak Lagi

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

 

tags: |