Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Biskut Raya Paling Top Tahun Lepas, Ini Dia Resepi Mudah Biskut Almond Cluster

Biskut Raya Paling Top Tahun Lepas, Ini Dia Resepi Mudah Biskut Almond Cluster

Kategori:

Ini dia biskut raya paling top tahun lepas. Laku keras. Menurut tuan empunya resepi biskut almond cluster ini, tak sampai seminggu jualan biskut ini, dia dah dapat order 50 balang. Memang lah sedap sebab tuannya tak kedekut almond dan coklat. Itu je tipsnya. Nak buat apa-apa dan nak masak apa-apa jangan kedekut bahan ye. Jom kita cuba resepi ni sama-sama supaya meriah raya tahun ini walaupun raya dalam musim PKP.

BAHAN-BAHAN:

  • Badam cincang -1kg
  • Coklat coin Beryls (coklat susu) -500gram

CARA PENYEDIAAN:

1.Bakar badam bagi rangup. Bakar ni ikut oven masing-masing la. Pastikan badam tu kekuningan dan rangup je bukan hangit. Masa bakar pastikan semua badam kena haba oven tu. Nak sangai pon boleh ikut tahap rajin masing-masing.

2. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil. 

3. Bila dah cair sejukkan sekejap lepastu gaul dengan badam. Gaul tu biar sekata, biar salut semua.

4. Sudukan ikut saiz bebas yang korang mahukan. Sejukkan seketika kemudian sejukkan dalam peti ais chiller untuk cepatkan coklat mengeras.

5. Siap untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Facebook Sabariah Sareh Saad

Baca juga : Resepi Roti Sweetbun Gebu Gebas , Ringkas & Sedap

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

 

tags: |