Sejak musim PKP ini suka pula makan roti dan membuat roti. Bukan sahaja orang dewasa yang suka. Anak-anak kecil pun suka. Dan ramai pula yang rajin memasak dan mencuba resepi roti yang kepelbagaian. Kali ini pula ada resepi roti sweetbun gebu gebas. Walaupun ringkas ianya tetap sedap.
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar majerin (Klu nk guna minyak masak pon bleh)
- 1 pakej Yis (Dibancuh dgn air suam setengah cawan)Biarkan hingga berbuih sedikit
- 2 sudu besar pekat manis
- 1 sudu baking powder
- 1 biji telur
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN :
- Masukkan bahan dan gaul kesemuanya kecuali yis. Gaul rata sehingga sebati.
- Masukkan yis yang dibancuh dan uli sehingga tidak melekat dijari. Jangan terlalu lembut sangat. Selepas uli perap selama 1 jam sehingga adunan kembang seperti di gambar 1.
- Selepas 1 jam, buangkan angin di dalam doh yang mengembang dengan menumbuk-numbuk doh yang dah diuli tadi.
- Gambar 2, uli mengikut bentuk yang diidamkan. Boleh buat bulat-bulat dan sebagainya.
- Gambar 3, sapu kuning telur di atas doh yang sudah dibulatkan
- Gambar 4, biarkan doh seketika sementara oven panas.
**Topping terpulang nk letak apa pon. Tak letak kuning telur pun takpe.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Tempias Hawa
Baca juga : Cara Yang Sangat Mudah Buat Ayam Panggang Ala Dominos
“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com“