Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Span Pandan Gebu & Lembut, Sangat Mudah Dibuat

Resepi Kek Span Pandan Gebu & Lembut, Sangat Mudah Dibuat

Kategori: ,
Kek Span Pandan

Resepi kek span pandan ini memang sangat lembut dan gebu. Sangat mudah untuk dibuat terutamanya kepada anda yang baru berjinak-jinak membaking. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah disediakan. Jom ikuti resepi perkongsian oleh Imah Rahman ini.

Resepi Kek Span Pandan Gebu Gebas & Sangat Mudah Dibuat

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur*
  • ½ cawan gula*
  • 1 sb ovalete*
  • 1 sk esen pandan*
  • ¾ cawan tepung self rising*
  • ¼ cawan santan pekat (santan Kara)*
  • Sedikit pewarna hijau*
  • Secubit garam*
  • 3 sb minyak masak

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan bertanda (*) dan pukul sehingga putih gebu. Matikan mixer.
  2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sehingga rata. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 5@6 yang telah disapu dengan butter atau dilapik dengan baking paper.
  3. Bakar selama 35 hingga 40 minit pada suhu 180°c. gunakan api atas bawah atau bergantung pada oven masing-masing.

Kredit: Imah Rahman

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Rahsia Buat Kek Sarang Semut Cantik, Tak Perlu Perap Pun Menjadi!

 

tags: