Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Roti John Cheese Meleleh, Sedap Sampai Menjilat Jari

Resepi Roti John Cheese Meleleh, Sedap Sampai Menjilat Jari

Kategori: ,
Roti John Cheese

Roti john memang sudah menjadi kegemaran ramai orang setiap kali pergi ke pasar malam. Malah, setiap kali bulan Ramadan tiba juga roti john menjadi kegemaran ramai sebagai juadah sampingan untuk berbuka puasa. Tetapi disebabkan musim PKP ni, susah nak dapat yang sedap. Jadi apa kata jom kita cuba buat sendiri roti john di rumah menggunakan resepi roti john cheese meleleh oleh Ariana Sofia Ahmad.

Resepi Roti John Cheese Meleleh

Hari ni ariana nak share resepi cara ariana buat roti john cheese meleleh. Kalau yang rindukan roti john bazar ramadhan bolehlah cuba resepi ariana. Sedapnya sampai menjilat jari.

P/S -Adunan ni dapat 9-11 biji roti john yang kecil

Bahan-bahan:

  • 350g ayam @ daging kisar
  • 1 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam&daging adabi
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar garam
  • 1sk serbuk lada putih
  • 1sk ajinomoto
  • 7 biji telur gred A@B
  • 70ml minyak untuk menumis

  • Roti sosej @ roti john
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Sos salad (thousand island)
  • 50g salad (di hiris halus)
  • 100g sobis (di hiris halus)
  • 90g lobak (diparut halus)

Cara-cara:

  1. Mula-mula ariana akan tumis dulu bawang besar sehingga kekuningan.
  2. Dah kekuningan masukkan serbuk kari. Tumis sehingga sebati.
  3. Kacau sebati macam ni.
  4. Dah sebati masukkan ayam kisar. Boleh juga guna daging kisar. Masak sehingga ayam bertukar putih atau daging menjadi empuk. Kalau daging belum empuk, boleh tambah sedikit air.
  5. Bila ayam dah masak masukkan gula, garam, serbuk lada putih dan ajinomoto. Kacau hingga sebati.
  6. Masak jangan terlampau kering.
  7. Dah masak bolehlah angkat.
  8. Dalam mangkuk lain pukul telur hingga sebati.
  9. Bila dah sebati masukkan ayam yang telah dimasak tadi.
  10. Kacau hingga sebati.
  11. Roti john tadi ariana potong ditengah-tengah. Lepas tu sapukan butter atau majerin.
  12. Dalam pan non stick atau kuali masukkan sikit butter. Ratakan ketepi. Masukkan 1-2 senduk adunan dan ratakan mengikut size roti yang digunakan.
  13. Lepas tu tabur mozarella cheese di atas. Kalau suka makan cheese, boleh letak banyak. Tak nak letak pun xpe.
  14. Bila telur dah separuh masak, ambik roti tekap di tengah-tengah telur. Tekan sedikit roti supaya melekat pada telur.
  15. Bila dah masak terus terbalikkan roti dalam pinggan.
  16. Untuk sayur, ariana letak lobak, kobis dan salad. Boleh letak banyak mana ikut kesukaan masing2. Letak bahagian bawah sahaja.
  17. Roti john tanpa sos tak lengkap rasanya. Ariana letak sos cili, mayonis dan sos salad (thousand island). Rasanya akan bertambah sedap.
  18. Dah siap bolehlah terbalikkan bahagian atas roti.

Selamat mencuba!

tags: