Kuih ladrang sungguh enak dimakan di waktu petang bersama keluarga, tapi susah nak dapatkan di kedai-kedai. Kenapa tidak buat dengan sendiri? Resepi dan cara buat kuih ladrang ini sangat mudah. Berikut merupakan resepi untuk membuat kuih ladrang.
Bahan-bahan diperlukan:
200g tepung terigu
50g mentega
1 butir telur
Penyedap rasa dan air secukupnya
Cara-cara penyediaan & masakan:
Masukan tepung mentega telur dan penyedap rasa
Adun sehingga sebati tambah air secukupnya
Selepas adunan selesai sapukan dengan tepung sedikit untuk proses gilingan
Giling dari nombor 1 hingga 5
Selepas gilingan menjadi leper teruskan dengan dengan memotong
Setelah selesai potong menjadi kecil untuk goreng
Goreng sehingga kekuningan dan sedia di hidang
Selamat mencuba. Tonton video ini untuk langkah-langkah penyediaannya.