Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Ringkas Buat Murtabak Daging Yang Sedap, Persis Bazar Ramadan

Cara Ringkas Buat Murtabak Daging Yang Sedap, Persis Bazar Ramadan

Kategori:
resepi murtabak daging

Hari ini sudah memasukki hari kesebelas berpuasa bagi ummat islam. Dan ini mengingatkan kita tentang murtabak yang sering mendapat sambutan di bazar ramadan. Setiap kali ke bazar ramadan, pasti penggemar murtabak  membelinya.

Dan disebabkan puasa tahun ini lain daripada tahun sebelum ini kerana ada negeri dan daerah yang tiada bazar, apa kata kita cuba membuat murtabak sendiri dengan menggunakan resepi murtabak daging yang dikongsi oleh seorang lelaki dilaman facebook ini.

Resepi Murtabak Daging

KULIT MURTABAK (10 biji)

  • Tepung 500g
  • Air 250g
  • Telur 2 biji
  • Garam 4g
  • Gula 5g
  • Susu Pekat 150g
  • Margerin 15g

*Doh kulit murtabak sebaiknya disediakan sehari awal.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam bekas yang besar.
  2. Gaulkan tepung dan bahan cecair perlahan-lahan dengan mengunakan jari. Leraikannya. Proses ini dipanggil ‘crumbling process’. (tekture seperti bread crumb)
  3. Apabila cecair sudah sebati dengan tepung, boleh mula menguli doh.
  4. Uli sehingga doh tidak melekat.
  5. Rehatkan doh selama 30 minit (lebih kurang) dan bahagi kepada 10 biji bebola kecil
  6. lumurkan dengan margerin dan sedia untuk digunakan.

INTI DAGING

  • 1000g Daging kisar
  • 100g Bawang besar (potong dadu)
  • 12g Bawang putih (cincang halus)
  • 28g Rempah kari daging
  • 14g Rempah bryiani
  • 10g Serbuk pati ayam
  • 10g Secukup rasa (maggi)
  • 12g Gula
  • 100g Air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit layu
  2. Masukkan daging dan kacau sehingga masak.
  3. Masukkan rempah (kari dan bryiani), pati ayam dan gula.Gaul sekata.
  4. Masukkan air dan masak sehingga daging nampak kering.

INTI MURTABAK

  • 3tbp inti daging
  • 1 biji telur
  • 1tbp bawang holland (potong dadu)
  • 1tsp secukup rasa (maggi)
  • secubit garam

*tbp- sudu makan *tsp- sudu teh

CARA PENYEDIAAN:

  1. Pukul (whisk) kesemua bahan dengan garfu sehingga sebati
  2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan tuangkan inti murtabak. Masak sehingga keperangan dan terbalikkan.

CARA PENYEDIAAN MURTABAK DAGING

  1. Tebar doh di atas meja hingga nipis.
  2. Letakkan inti murtabak di tengah doh dan balut dengan kemas.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  4. Masak kedua belah bahagian sehingga masak.
  5. Siap dan sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber  : Ritzuwan Syde Via MAHN

Baca juga : Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka Untuk Juadah Berbuka Puasa

“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com

tags: