Genap seminggu sudah Ramadan tahun ini. Siang hari mesti duk mengidam macam-macam kan? Maklumlah puasa memang semua benda terliur. Lagi-lagi kalau dapat aiskrim sejuk-sejuk memang perghh. Lagi sedap kalau buat sendiri, makin bertambah kesedapan tu. Mudah je sebenarnya nak buat aiskrim homemade pelbagai perisa ni menggunakan resepi perkongsian oleh Fauziah Johanis. Jom cuba buat!
Resepi Aiskrim Homemade Pelbagai Perisa
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 2sb ovellete
- 3sb susu pekat
- 1sk perisa & pewarna (ikut nak perisa apa, kalau nak 2 perisa, bahagikan adunan kepada 2. Satu peisa vanilla, satu lagi perisa strawberi. Buat corak macam kek marble).
- Coklat chip/coklat rice
Cara-cara:
- Mixer atau blender semua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Pukul sehingga kembang dan tekstur menjadi licin.
- Letak dalam bekas tupperware. Masukkan coklat rice atau coklat chip.
- Simpan dalam peti semalaman.
Kredit: Fauziah Johanis
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Aiskrim Baskin Robbin Termudah, Hanya Dengan 3 Bahan