Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ini Ada Beberapa Prosedur Yang Perlu Dipatuhi Ketika Membuka Kedai 4 Mei Nanti

Ini Ada Beberapa Prosedur Yang Perlu Dipatuhi Ketika Membuka Kedai 4 Mei Nanti

Kategori:

Kalau sebelum ini, Perdana Menteri menggunakan watak “Makcik Kiah” sebagai analogi semasa menutup ucapannya membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN), namun berbeza pula kali ini apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memilih karakter masyarakat bernama “Pak Salleh”.

Dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja, beliau menerangkan secara mudah bagaimana Pak Salleh boleh memula operasi perniagaannya sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara prosedur atau peraturan yang diucapkan oleh Perdana Menteri adalah:

  • Perlu memastikan jarak dua meter antara satu meja dengan yang lain. Penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu. Dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.
  • Buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak beratur.
  • Beli face mask ( topeng muka) dan beri kepada pekerja serta pastikan mereka pakai setiap masa.
  • Pada hari pertama pembukaan restoran , periksa suhu badan pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke restoran dan gunakan pengimbas suhu badan yang sesuai.
  • Pengusaha kedai dikehendaki mencatat nama dan nombor pelanggan serta tarikh dan masa mereka mengunjungi restoran. Hal ini penting bagi mengesan kontak rapat sekiranya ada pelanggan yang positif mengunjungi restoran.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua yang di atas adalah penting supaya tiada pelanggan yang terkena jangkitan COVID19. Semua pemilik restoran, food truck dan mana-mana gerai makan perlu membuat perkara yang sama.

Dengan pelaksaan SOP tersebut, beliau berkata para pelanggan boleh datang makan di restoran atau membeli makanan dengan rasa selamat. Dan sekiranya masih was-was, bungkus adalah lebih baik.

Sumber rujukan : astroawani.com

tags: