Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Kek Pisang Coklat Kluster Yang Moist & Sangat Sedap ,Tanpa Mixer Pun Jadi

Resepi Mudah Kek Pisang Coklat Kluster Yang Moist & Sangat Sedap ,Tanpa Mixer Pun Jadi

Kategori: ,

Resepi kek pisang coklat kluster ini dikongsi oleh seorang lelaki di laman facebook MAHN.  Nampak sedap dan menyelerakan kan? Kalau ada pisang kat dapur dah lebu tu, bolehlah kalau nak cuba pun. Orang jarang buat kek pisang coklat kan. Kebiasaanya orang buat kek pisang biasa sahaja. Jom kita cuba buat. Memang puas hati.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam.
  • 120 gram gula perang. Sukatan ni dah just nice.
  • 115 gram butter (cairkan)
  • 120 gram buttermilk ( caranya amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka) biarkan.
  • Vanilla essence sikit

Bahan Kering :

  • 160 gram tepung gandum
  • 25 gram serbuk koko
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp garam
  • 80 gram belgian callebout choc
  • 30 gram walnut (lebih pun xpe)

*Sedikit Belgian choc dan walnut untuk topping.

CARA PENYEDIAAN :

  1. Cairkan butter di atas kuali.
  2. Lumatkan pisang sehingga hancur.
  3. Masukkan gula perang dan butter yang dicairkan tadi (kalau takde butter, masukkan minyak masak pun okay)
  4. Masukkan bancuhan buttermilk dan kemudian masukkan bahan-bahan kering di atas.
  5. Masukkan coklat belgian callebout dan walnut. Kacau sehingga sebati. Lapik dengan kertas baking/minyak dan jangan lupa oles loyang dengan minyak/butter/shortening. Nak elakkan kek melekat.
  6. Atas tu kau tabur la lagi belgian callebout choc dan walnut. Bakar pada suhu 150 ke 160′ c dalam 40 ke 45 minit. Ikutlah keadaan oven masing-masing. Oven kita tak sama kan.

**Tips : Salut choc belgian dan walnut tu ngan tepung sikit supaya dia tak tenggelam ke dasar masa bakar nanti.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Rushdi Lazim Via MAHN

Baca juga : Cara Simple Buat Popia Riben Yang Rangup Kegemaran Anak-anak, Laju Je Makan

 

tags: