Perasan tak kadang-kadang kalau kita makan kat kedai atau masak sendiri rasa daging goreng tu liat je. Lepastu hirisan daging tu tak cantik. Tahukah kita rupa-rupanya ada cara dia tersendiri nak bagi daging tu lembut dan sedap.
Nak cuba cara goreng daging kunyit supaya lembut? Jom kita ikuti perkongsian dari wanita ini. Caranya amat mudah dan pasti lepas ni buat selalu.
Resepi Rahsia Goreng Daging Kunyit Supaya Lembut, Sedap & Menyelerakan
- Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia pasti masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyek-nyek macam jeli.
- Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.
- Apabila dah settel step tu baru la korang lumurkan daging dengan kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
- Lepas tu korang masukkan minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan juicy gitu.
- Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, masukkan sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Mudah sahaja kan nak goreng daging kunyit supaya sedap dan menjadi lembut? Ikuti sahaja cara di atas ini. Pasti tak menyesal punya. Dan apa yang pasti, confirm korang nak buat selalu.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber : Facebook Nana Ismail
Baca juga : Resepi Biskut Susu Hanya Dengan 3 Bahan, Masak Atas Kuali Pun Tetap Menjadi & Sedap