Memang sedap sangat tart cadbury ni. Sesuai dibuat untuk raya nanti. Ramai yang dah cuba dan semestinya memang sedap! Anda boleh membuat biskut ini dalam pelbagai versi, yang berbeza hanya pada bahan-bahan doh. Ini merupakan salah satu resepi mudah untuk membuat tart cadbury. Yang penting jangan risau, coklat cadbury takkan cair walaupun dibakar. Jom cuba!
Resepi Tart Cadbury Guna 4 Bahan Sahaja, Coklat Tak Cair Bila Dibakar
Bahan-bahan:
- 250g mentega/marjerin
- 1 sudu teh minyak sapi
- 3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak
- Kepingan coklat cadbury secukupnya – empunya resipi guna yang Dairy Milk
Bahan-bahan lain:
- Acuan tart
- Kuning telur | hiasan
Cara-cara:
- Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.
- Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit sebelum diterap.
- Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna.)
- Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.
- Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.
- Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.
- Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.
Kredit: @resepimakananMY
Selamat mencuba!