Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Laici Berkuah Sukatan Cawan Yang Mudah & Sedap

Resepi Puding Laici Berkuah Sukatan Cawan Yang Mudah & Sedap

Kategori:
resepi puding laici

Laici merupakan antara buahan yang sangat popular dalam kalangan kita. Namun buah laici yang segar, sangat jarang dan rata-rata dari kalangan kita tidak suka atau tidak pernah merasainya. Kebanyakan dari kita lebih menyukai laici yang telah diproses iaitu dari dalam tin.

Dengan adanya laici tin ini, pelbagai jenis hidangan yang kita boleh sediakan. Selain air laici, puding laici juga antara menu yang sangat lazat dan laku keras ketika bulan puasa. Kalau anda semua tak puas hati membeli puding dari luar, apa kata buat sendiri sahaja Puding Laici ini di rumah.

Sangat mudah dan pastinya sangat enak. Hanya menggunakan cawan untuk membuat sukatan pasti semua kerja akan menjadi lebih mudah. Jadi jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Puding Laici Berkuah

BAHAN-BAHAN:

  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 8 cawan air (guna cawan kopi)
  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin laici tin

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masak air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan serbuk agar dan 1/2 cawan air laici tin. Bila dah mendidih ganas masukkan susu cair.
  3. Bila dah mendidih terus tutup api.
  4. Masukkan larutan puding dalam jug supaya mudah nak tuang dalam bekas plastik ( guna bekas plastik sQ250).
  5. Tuang dalam bekas, bila puding dah mula mengeras taburkan buah laici yang dah dicarik-carik atas puding.
  6. Dah elok keras bolehlah tuang baki air laici tin tadi ke atas permukaan puding.
  7. Simpan dalam peti sejuk.
  8. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mariana Zainal

Baca juga : Memang Tak Puas Makan, Ini Dia Resipi Kek Coklat Karamel Moist Yang Dijamin Sedap!

tags: |