Memang ramai kan peminat KFC? Lagi-lagi potato wedges mereka bersama cheese yang meleleh tu, memang padu! Tapi harganya boleh tahan juga kalau nak makan selalu. Apa kata jom buat sendiri je, boleh dapat banyak dan boleh makan puas hati. Anak-anak pun pasti suka. Jom cuba!
Resepi Potato Wedges Ala KFC, Buat Sendiri Baru Puas Hati
Bahan-bahan rebus:
- Ubi kentang
- 1 sudu makan pati ayam serbuk
- 1/5 sudu teh garam
Bahan-bahan perapan:
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 biji telur
Bahan-bahan untuk menggoreng:
Cara-cara:
- Potongkan ubi kentang seperti dalam gambar.
- Rebuskan ubi kentang bersama bahan-bahan rebus di atas. Rebus sehingga empuk (anggaran masa 5-10 minit).
- Bila sudah siap rebus, angkat dan toskan air.
- Perap ubi kentang bersama bahan-bahan perapan. Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
- Selepas perap, salut kentang ke dengan tepung bestari. Goreng sehingga garing.
- Hasil selepas menggoreng. Tuangkan sos cheese dan mayonis pilihan anda mengikut kreativiti.
Kredit: Zai Zainorani Zainul
Selamat mencuba!
Baca juga: Ini Cara Buat Nasi Butter & Ayam Goreng Ala KFC, Anak-Anak Pasti Suka