Jom cuba buat kuih lopes paling mudah dan cepat. Hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang mudah. Resepi perkongsian oleh Myra Chaqkey. Jom cuba!
Resepi Kuih Lopes Paling Mudah. Rebus, Potong, Golek Dan Siap!
Jom kita buat kuih lopes paling senang dan cepat.
Rebus – potong – golek kelapa Siap!
Readymade Lemang nona tukar jadi kuih lopes.
Updated:-
Lemang nona ni ada jual dekat pasaraya, mini market pun ada..tak jumpa jugak.. boleh cari di shopee.
Bahan-bahan:
- Readymade Lemang nona
- Daun pandan
- pewarna hijau
- boleh tambah santan kotak sedikit
- serbuk santan nona (1 set dalam pek)
- garam
- Kelapa muda
- Gula melaka – cairkan
Cara-cara:
- Masukkan air di dalam periuk. Didihkan. Kemudian masukkan beras pulut nona, serbuk santan nona, daun pandan, pewarna hijau, garam dan sedikit santan kotak. Rebus selama 45 minit hingga air kering.
- Siap rebus.
- Potong & Letak kelapa.
- Makan bersama gula melaka.
- Siap boleh makan!
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Tart Cadbury Guna 4 Bahan Sahaja, Coklat Tak Cair Bila Dibakar