Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Sate Ayam Yang ‘Juicy’, Resepi Lengkap Bersama Kuah Kacang Sedap!

Ini Cara Buat Sate Ayam Yang ‘Juicy’, Resepi Lengkap Bersama Kuah Kacang Sedap!

Kategori: ,
Sate Ayam Yang 'Juicy'

Ada pelbagai resepi untuk membuat sate. Namun, rahsia disebalik sate yang juicy adalah cara perapannya. Sesuai dijadikan juadah pada pagi raya.

Jom ikuti resepi sate ayam oleh Kiran Kiran untuk menghasilkan sate ayam yang ‘juicy’. Mudah sangat untuk diikuti jika anda pertama kali membuatnya.

Ini Cara Buat Sate Ayam Yang ‘Juicy’

RESEPI SATE

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam..amik isi nanti rangka2 boleh buat gulai..kalau malas beli dada ayam saja.
  • 1sb ketumbar (sangai)*
  • 2 sb jintan manis&1 sb jintan putih (sangai)*
  • 1 inci halia*
  • 1inci kunyit*.
  • 3 biji bawang Holland*
  • 1 labu bawang putih*
  • 6 batang serai*
  • 5 keping nisse atau Gula kabung masak dgn segelas air..
  • 3 sudu Asam jawa xde biji..beli yg siap kalau malas nak asingkan biji tu..
  • Gula dan garam secukupnya
  • Lidi satay utuk mencucuk

Cara menyediakannya:

  1. Potong isi ayam berbentuk kiub, kemudian basuh dan toskan airnya hingga kering.
  2. Sementara itu sangaikan ketumbar dan jintan kemudian blend lumat je semua yg bertanda (*).
  3. Satukan isi ayam + ramuan yg blend dalam bekas besar, kemudian letak garam gula asam dll tu sekali. Kemudian gaul rata supaya tekstur daging @ayam mnjadi lembut dan mesra dgn rempah.
  4. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dicucuk dan dibakar.

 

RESEPI KUAH SATE

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah 1/2 kilo – goreng dan blend kering
  • Santan kelapa 2 biji
  • Bawang Holland
  • Cili kering
  • Lengkuas
  • Jintan manis & putih (blend halus)
  • Serai (diketuk)
  • Air asam jawa
  • Gula nisse 6 keping
  • Gula biasa dan garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumis kesemua bahan yg diblend td kecuali (kacang tanah) dgn serai hingga garing dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan santan cair dan kacang tanah biarkan mendidih sekejap.
  3. Masukkan santan pekat gula garam dan air asam jawa kemudian seimbangkan rasa masam masin manis dan pedasnya.

 

Tips dari empunya resepi: 

Nak buat makan APA 2 sekali pun..mulakan dgn Bismillah Dan selawat..Bahan2 jangan kedekut ya..kalau nak makan sedap..pastikan semua BAHAN2 Ada Dan lengkap baru buat..kalau buat acah2 baik xpayah pastu g makan kedai ja senang.

Satey kalau nak nampak kuning tambah serbuk kunyit ya bergantung nak Tara Mana kuning nya tu..Air lebihan perap jangan buang..amik Dan campurkan dgn segelas minyak utk Kita guna Masa nak membakar nanti..ketuk serai 2 batang ikat..pastu celopla dlm myk tu..itu adalah salah satu rahsia supaya satey Kita jadi juicy Dan xhangit..bakar kena rajin balik2kan baru cantik..kalau tidak hitam Dan hodoh..

Panjang2 kan resepi xseberapa dari saya..xyah nak kedekut ilmu ni bukan Boleh masuk kubur..rezeki Allah dah tetapkan masing2..cuma satu sy pinta.. titipkan sedikit doa utk sy sekeluarga itu saja..Selamat mencuba Dan buat jangan duk simpan.. weekend Boleh terus buat nanti Raya Haji xkena tempah satey dahh.

 

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

tags: